Cerita Musim Panas Tahun Ini

Standard

Assalamualaikum.

Sudan panas sangat sekarang ni. Suhu melebihi 40°c. Suami saya dah demam dah. Kesian tengok orang demam tu. Melepek terus. Dia asik mengadu sejuk. Bila dipegang badannya saya rasa panas. Dengan suhu 44°c semalam dia boleh berbaju panas, berselimut dan tak on aircond. Mak ai..sabar je la! Saya pulak yang rasa nak demam lepas tu. Berpeluh-peluh saya dalam rumah ni! Tapi nak buat macamane, kene la utamakan orang sakitkan.

Sejak mula musim panas ni, saya selalu terfikir macamana la orang yang rumah dia takde aircond kan? Setahu saya rumah students takde aircond. Macamana diorang tido? saya yang bilik pasang aircond pun susah nak tido. Puasla tossing and turning, pukul 2, pukul 3 baru dapat lena. Aircond pun tak mampu nak menyejukkan bilik sebab suhu di luar terlampau panas. Macamane la orang-orang yang tidur kat luar rumah kan? Macam Ahmad kat bawah tu, malam-malam pun berbahang. Kepanasan ni melesukan badan. Buat badan rasa lemau je. Musim-musim panas ni selalu pulak blackout. Kalau takde genset memang masak la. So masa suami demam semalam, dia taknak switch on sume aircond, just on 1 kipas je. Merasa la saya sekejap ape yang orang rumah takde aircond rasa musim-musim panas gini. Pengalaman yang priceless saya kira.

Oh, sebut pasal students, semalam saya dapat berita ade sorang student masuk hospital. Tapi tak tau sakit ape. Jadi ingatkan biase-biase je la. Pagi tadi baru tau dia tengah koma kt icu rupenye! Ya Allah… Dapat bayangkan perasaan family kat Malaysia macamana. Lepas MRI dan prosedur amik air tulang belakang doctor sahkan sakit radang otak. Peluang 50-50. Sedihnye! Hospital dia masuk tu hospital private. Nak masuk kene bayar deposit beribu-ribu. Itulah hospital terbaik di Khartoum ni. Or should I say di Sudan ni? Mujur ada hamba Allah berhati mulia dari Petronas yang sanggup menghulurkan bantuan untuk deposit. Saya harap saya pun dapat memberi sumbangan. Mudah-mudahan Allah berkati hambaNya yang pemurah itu.

Rawatan kt ICU, MRI, air tulang belakang lagi. Taktau la berapa ribu kos sebenar. Students di sini tak sama dengan mana-mana students kat tempat lain. Mereka tiada penaja. Even JPA pun tak mengiktiraf. Tapi mereka tetap gigih menuntut ilmu agama. Students sini belajar ilmu agama untuk diri sendiri, bukan untuk grad dapat segulung ijazah buat modal dapat kerja bergaji besar kat Malaysia. Sebab tu tak diiktiraf pun tetap ada yang mahu belajar. Tiada penaja, family pun bukanlah mewah. Jadi hidup mereka di sini susah. Kalau tengok rumah diorang kat sini, pasti kite berhenti komplen keadaan rumah sendiri. Jadi bila dengar ade yang sakit dan memerlukan rawatan yang mahal begitu saya memahami keperitan tu. Mintak tolong kawan-kawan yang baca ni tadah tangan dan berdoa adik Afifi segera sembuh. Mohon kami dipermudahkan membantu adik Afifi ni.

Terima kasih atas doa. Semoga Allah makbulkan doa-doa kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s