Monthly Archives: June 2012

Penutup

Standard

Tinggal lagi beberapa jam je lagi kat Khartoum ni. Pukul 5 nanti dah bergerak ke airport, pukul 7.30 insyaAllah kalau semua ok kapal terbang take off. Tapi saya ni macam tak nak pergi je sebab lepas breakfast tadi duk bergolek-golek atas katil, suami pun masih pergi office macam biasa.hehehe… Perasaan pun macam biasa. Takde rasa ape-ape. Ke belum lagi, tak tau la.

Lepas ni, no more Salam dari Sudan ye. Lepas ni duduk Filipina pulak. Tak tau la untuk berapa lama. Bila difikirkan balik, rasa nervous nak memulakan kehidupan baru di tempat baru. Saya memang macamni. Kalau suami tak cross, kami balik Malaysia pun saya akan nervous jugak nak kerja semula. Maklum la dah 2 tahun jadi fulltime housewife. Banyak benda dah berubah agaknya. Yang pastinya suami je yang betul-betul happy nak meninggalkan Sudan.

Blog ni tak ditutup, tapi tak diupdate la. Kalau sempat mungkin saya akan buka blog baru untuk cerita kehidupan saya di Manila pula. Tau, bukan ramai readers pun tapi untuk kenangan diri sendiri. Terima kasih kepada semua yang membaca Salam dari Sudan selama ni. Insyaallah kita akan berjumpa lagi.

P/s: sedih pulak tulis entry terakhir ni! 😥

Advertisements

Malam Terakhir

Standard

Sebenarnya malam ni ialah malam terakhir kami bermalam di rumah ni. Semua yang terakhir tu menyedihkan hati kan? Malam terakhir bermalam, masakan terakhir di dapur, mandian terakhir di bilik air..eh. Mulai esok malam kami akan tidur di hotel. 5 hari lepas tu kami akan meninggalkan Sudan buat selamanya…

Masa awal- awal sampai sini asyik nak cepat blah je dari tempat ni tapi bile tibe masa nak meninggalkan rasa sayu pulak.

Tadi lepas packers settle punggah semua kotak naik lori, BBK datang cuci rumah buat kali terakhir. Terakhir lagi… last week saya masak bihun goreng, dia kata sedap, nanti buat lagi ye madam. Saya tak peduli sangat sebab selama ni dia memang makan je ape yang saya masak. Makan memang banyak, ape je letak sure licin. Memang berbaloi la masak. Last week dia bergurau dengan saya nak masuk beg nak ikut kami, nak kerja dengan kami kat sana.hahaha…hari ni dia cuci kuali, dia tanya madam, u cook noodle? I ask u to cook? ala..kau ni buat aku sedih la BBK. No today I cook fried rice. Oohh..*tayang muke frust* what is the name?the noodle? bihun, i said. Xsangka la plak dia betul-betul tuntut. Suke benau kau bihun goreng ye? Tomorrow, Mr Z will live here. Me & Mr A will stay at the hotel. Madam, after this i not see u & Mr. A. It’s ok BBK, Mr Z will call u to clean the house. U will get money. Yes madam but I always come here i see u & Mr A but after this no more. Dah la BBK madam dah sedih ni, lagi lame sembang dengan kau, menitik pulak air mata ni. Tak macho la menangis depan BBK!
*masuk bilik pekap muke*

We survived Sudan

Standard

Hari ini genap 2 tahun kami di sini. Tak sangka pulak mulut saya masin sebab saya masih ingat lagi tahun lepas pada tarikh yang sama saya update status kt fb saya target duduk sini 2 tahun je. Bersyukur sangat. Alhamdulillah. Ade kawan cakap bumi Sudan ni berkat, sebab dekat dengan baitullah, masih ade ramai alim ulama, negara mundur jadi kurang pusat hiburan, perkara lagha pun tak banyak di sini. Jadi doa-doa kita senang dimakbulkan di sini. Wallahualam.

Saya masih ingat lagi, semasa kami baru sampai, ada seorang yang baik hati berpesan kepada saya. Sabar, anggaplah tempat ni macam universiti kehidupan. Macam- macam kita boleh belajar dari kehidupan kita dan orang lain di sini. Insyaallah diri kita akan terdidik secara semula jadi melalui kehidupan. Bukan semua orang dapat peluang macmani.

Mula-mula memang susah. Banyak yang kami tempuh. Tapi di sini tak banyak benda yang boleh kita harapkan. Di sinilah bila segalanya kita tak boleh nak harap maka kebergantungan kepada Allah automatik meningkat. Hanya doa,doa dan doa saja pada Dia.

Lumrah manusia, walau bagaimana tak suka pun sesuatu tempat tu tapi bila tibe masa nak meninggalkannya tetap terselit rasa sayu. Tempat jatuh lagi dikenang! Sedih nak berpisah dengan kawan-kawan senasib yang ikhlas dalam persahabatan. Sedikit tapi amat bermakna. Bila salah seorang takde, terasa sangat kekurangan. Di tempat baru belum tentu ada yang serupa. Sedih nak meninggalkan rutin hidup yang relax, tenang & lapang. Tempat baru pasti berbeza cara.

Semoga dipermudahkan segala urusan kami. Tiket dah ada. Esok packers dah mula datang nak memulakan kerja. Cepat sungguh masa berlalu! Dua tahun, tapi terasa masih baru. Tau-tau dah tiba masa untuk meninggalkan.

Cairo

Standard

Selepas dua hari balik dari Istanbul kami ke Cairo pula. Short trip. 3days 2nights only. Tujuannya untuk diplomatic visa application. Di sini tiada Philippines Embassy jadi terpaksa ke Cairo. Dapat jugak berjumpa kawan-kawan di sana and saying goodbye. Perjalanan yang singkat (2 hours flight) jadi panjang sebab sandstorm teruk here, flight delay selama 7 jam! Tak tau nak describe penat macamana. Kami hanya sempat makan simple breakfast pagi tu. Flight patut pukul 12.00, dijangka sampai Cairo pukul 2 jadi kite plan nak lunch di sana. Masa keluar rumah pagi tu cuaca elok je. Cafeteria kat depature hall airport sini bukan macam KLIA even though sini international airport tapi standard jauhhhh lebih rendah berbanding mana-mana airport tambang murah di Malaysia. Cafeteria hanyalah sebuah kaunter. Bila dah beramai-ramai stranded dalam tu makanan pun habis. Yang tinggal hanyalah roti dengan cheese. Itulah rezeki untuk kami. Kebuluran i tell u! But alhamdulillah we safely arrived Cairo at 10.00 pm. Kite dah call siap-siap hotel and diorang kata boleh tunggu sampai kami datang. Nasib baik hotel best, view cantek, servis tip top. Kami memilih Sofitel El Gezirah.

View from balcony. Nile view.

Esok pagi, kami bersiap-siap untuk urusan kami. Cairo terkenal dengan zahmah (traffic jam). Tambahan lagi jalan yang berhampiran Tahrir Sq ditutup sebab ade demo lagi. Jadi kami kene keluar awal untuk elak zahmah. Macam biasa, setiap kali ke Cairo kami menggunakan perkhidmatan ustaz Mat. Student Syariah Jamiah Al Azhar dari Selatan Thailand yang dah expert dengan bandar Cairo sebab dah menetap di sini selama 18 tahun. Alhamdulillah setiap kali berkunjung ke Kaherah Ustaz Mat available untuk kami. Senang sikit dengan dia ni. Kalau nak ambil taxi leceh sebab tak semua driver taxi tau tempat tu, kite pun tak pandai nak beri direction. Lagipun menurut Ustaz Mat, sekarang dah tak selamat nak naik taxi. Sejak revolusi hari tu orang egypt dah jadi perangai macam ape. Macam-macam cerita tak best kami dengar. Penumpang kene tumbuk, kene acu pisau. Bahaya.

This is what i wore on that day. Semi formal la nak berurusan di pejabat kerajaan kan.

 

Gambar tu semasa masih di hotel. Lepas breakfast sambil tunggu Ustaz Mat sampai. Cantekkan. Belakang tu ade floating pentas. Breakfast dia ade banyak pilihan tapi tetap takde nasi lemak, nasi goreng, mee goreng atau roti canai 😥

Lepas selesai segala urusan visa, kami lunch di Arma (Asrama Malaysia/ Malaysian Hall). Kat sana terasa overdressed dan tua sebab di kelilingi students yang muda-muda dan simple-simple macam zaman saya belajar dulu. Hehehe… Puas hati dapat makan nasi putih, ayam masak merah dan air jagung.

Suami ajak ke downtown sebab dia nak beli jaket kulit yang dikirim oleh family di Malaysia. Downtown kurang sibuk sebab hari ahad kedai banyak yang tutup. Tak banyak kedai, tak banyak la pilihan tapi kene beli jugak sebab orang dah kirim. Jadi urusan jual beli tu jadi lebih cepat daripada biasa. Cairo dah mula panas, tak larat nak berlama-lama di situ. Dah beli terus rasa nak balik  hotel. Malam tu kami ade jemputan dinner di rumah kawan di sana. Dah macam farewell party pulak kat sana malam tu. Insya Allah kawan-kawan, ade rezeki kite jumpe lagi di tempat lain pula. Bersabar ye, masa kamu semua akan tiba juga nanti.

Esoknya lepas checkout terus ke airport sebab flight pukul 2.50 ptg. Berdoa sangat takde sandstorm lagi supaya boleh landing dengan selamat. Sampai di Cairo Airport saya realized saya tak beli apa-apa untuk diri sendiri. Melihat-lihat barang-barang dalam kedai duty free saya tertarik dengan ini

All in one. senang nak bawa travel. Murah pulak tu.

 

Walaupun saya jarang pakai eye shadow & mascara tapi bile ade macamni kalau nak pakai senang. Compact powder & blusher pun kalau bawa asing-asing dah makan space. Ini semua ade dalam tu sekali mudah la.  Yang penting murah. Itu saje la yang saya beli untuk diri sendiri. Semasa di downtown, bukan takde jual shawls dan jaket untuk perempuan tapi sebab saya baru balik dari Istanbul, nafsu bershopping tu tak berapa nak ada. Nak pergi shopping mall pun malas dengan cuaca panas dan jalan jem, lebih baik berehat di bilik.

Begitulah kisahnya percutian singkat lawatan kami ke Cairo. Bakal dirindui kawan-kawan dan permandangan sungai Nil nya!

Istanbul Aku Datang

Standard

Eceh…tajuk tak hengat! Macam tajuk filem gitu… Yeay! sampai jugak saya Istanbul. salah satu tempat impian. Istanbul… MashaAllah cantik sangat. Tempat paling cantik saya pernah pergi. End of May is the perfect time to visit Istanbul. The weather is perfect for sight seeing. Beautiful place with beautiful people. Kalau ade rezeki saya nak pergi umrah dan singgah Istanbul. Masa kami kat sana saya jumpa ramai orang Malaysia yang buat macamtu.

Menakjubkan sebab Khartoum dan Istanbul dalam zon masa yang sama tapi cuaca berbeza. Khartoum suhu dah cecah 44-45 tapi Istanbul masih sejuk dengan suhu maksimum 23. Kadang-kadang dirahmati hujan. Sepanjang kami di sana 2 kali jumpa hujan. Jealous kami dengan Istanbul tau.

Ok, sebenarnya dari Khartoum ke Istanbul ade direct flight dengan Turkish Airlines. Penerbangan 4 jam je. Tapi sebab nak murah punye pasal, kami pergi dengan Emirates. Redeem points. Merasa la penerbangan 8 jam dengan transit 10 jam! Cheapskate kan?

Sampai sana 5.30 petang. Haruslah lunyai dah badan kan. Maka masuk bilik je terus mandi hot shower. Freshnye. Hilang segala sakit-sakit lenguh-lenguh badan. Dah mandi wangi-wangi perut pun lapar. Jadi kite keluar jalan-jalan cari makan. Itu lah dinner pada harijadi saya. Dah cerita kat previous entry.

Balik tu terus tidur. Syoknye lah dapat tidur atas tilam dalam bilik sejuk! Esok pagi-pagi dah bangun dan bersiap-siap pasang kuda-kuda sebab nak menapak explore kota cantik ni. Hari ni plan kami nak ke Grand Bazaar dan Taksim. Kami baca tips kat internet kalau nak dapat best deal kene keluar pagi-pagi supaya jadi 1st customer. Peniaga-peniaga di sana punye tradisi berniaga, 1st customer dapat harga special. Kami ke Grand Bazaar dulu sebab hotel kami sangat dekat dengan Grand Bazaar. Walking distance saje. Tapi dalam grand bazaar memang tak boleh nak beli ape-ape sebab harga yang diletakkan sangat tinggi berbanding kedai-kedai di luar. Cuma di Grand Bazaar ni semua barang yang nak dibeli tu ade. Kirenya one stop center. Kalau malas nak berjalan banyak tempat nak membeli boleh la beli di sini. Memang besar sungguh tempat ni. Tak larat nak explore habis-habisan.

Dalam Grand Bazaar

Macam-macam ada di sini. Geram tangok pinggan-pinggan hiasan dan lampu-lampu. Tapi kami tak beli ape pun sebab memikirkan kelecehan nak membawa balik ke KRT. Pastu nanti nak pindah lagi. Risiko untuk jahanam terlalu tinggi.

Penat berjalan dalam ni. Dah la takde hasil. Eh, ade sikit dapat beli shawls beberapa helai. Shawls pun mahal berganda-ganda kat sini. Malam tadi masa lepak kat Blue Mosque, ade orang jual shawls dengan turkish scarfs macam saya pakai tu. Tawar menawar dapat lah beli murah sikit. Actually most of our souvenirs kami beli katu. Turkish scarfs, sejadah yang cantik-cantik dan unik. Rasa taknak beri kat orang tapi suami nak beri sebab dia kata at least orang guna untuk sembahyang kita dapat pahala. ala..tak dapek la saya nak kata ape-ape lagi. tasbih yang wangi sebab diperbuat dari sabun mandi. turkish scarf tu bile saya tanya harga kat dalam bazaar, penjual letak harga 5 kali ganda! ade tu siap nak bergaduh dengan saya bila saya bagitau berapa lira saya beli kat luar. Dia kata, bukak tudung tu saya bayar awak double. Banyak cantek muke kau! Kau ingat aku heran ke duit ko. Buruk perangai cakap macam tu dengan kite. Ko tu peniaga, sila bersopan sikit. Kan dah hangen.

Turkish women ramai sangat yang pakai satin/polyester scarfs tu. Cantik-cantik corak dan warnaya. Pemakai pun cantik. Kene je cara pakai dengan muka mereka. Saya pun nak feeling turkish, sibuk la beli scarf tu dan terus pakai berjalan-jalan esoknya. Eceh! Tapi muke tak turkish kan, mane la nak jadi cantek macam depa.

At Taksim

Keluar dari bazaar kami terus naik tram ke Taksim. Laluan kami dari Beyazit Grand Bazaar ke Cabatas kemudian naik metro ke Taksim. Taksim sangat sesak. Lautan manusia. Masa tu bukan weekend pun.

Makin ke depan, makin ramai umat manusia. Dari jauh nampak kepala je. Kiri kanan kedai-kedai dan restaurant.

Kami berjalan je sepanjang jalan tu. Jalan punye jalan kami sampai ke Nisantasi. Dari sini kami terus lagi berjalan. Tibe-tibe je hujan. Nasib baik ade satu bangunan yang kami tak tau ape namenye. Mule-mule ingat shopping mall tengok ramai orang melencong masuk dalam tu menumpang teduh. Rupenye-rupenye dalam tu gym, cinema & restaurant. Lama jugak hujan masa tu. Sedang elok la hujan sebab kaki saya dah sakit berjalan, tekak pun dah haus. Lepak minum dalam tu sementara menunggu hujan berhenti.

Kemudian kami pun menyambung perjalanan pulang. Lalu kat tepi stadium football club Besiktas J.K. First time saya dengar nama club tu. hehe…Suami yang minat bola, dia je yang tau. Bersemangat orang tu suruh amik kan gambar. Siap singgah masuk kedai situ. Dia beli t-shirt dalam tu.

stadium

Perjalanan diteruskan. Kami jalan kat jalan tepi laut. Tibe-tibe hujan lagi! Hahaha…Berlari-lari berteduh kat masjid pulak. Ramai yang menumpang teduh juga. Hujan turun tibe-tibe lebat. Pastu bila dah reda sikit, ade orang datang jual payung transparent macam-macam warna. Kami beli la satu. Hujan renyai-renyai kami berkongsi payung. Romantic!

Kami berjalan sampai ke Cabatas semula. Lepas tu terus amik tram ke Beyazit. Balik hotel. Penat sangat. Balik memang melepek la. Tertidur jap. Pastu bangun mandi hot shower untuk menyegarkan badan. Then keluar dinner. Ade orang nak makan nasi. Mane la nak dapat. Terpaksa redha saje dengan makanan Turkey. Makan ikan malam tu. Tak tau dia masak ape tapi sedap!

Malam tadi dia da siap-siap google outlet malls and shopping malls dalam Istanbul. Dia jumpa Olivium Outlet mall. Maka esoknya kami pun ke sana. Naik tram, turun tram. Menapak lagi. Giler jauh menapak dari stesen tram ke Olivium. Asik duk tanye-tanye orang. Orang kata depan lagi, jalan terus lagi. Sepanjang-panjang jalan penuh orang jual kain-kain buat suits, buat langsir, kedai-kedai baju kanak-kanak & baju tidur. Kawasan wholesales gamaknye. Bile sampai je Olivium Outlet Mall kami rasa macam tertipu. Takde ape sangat pun. Banyak local brands situ. Brands yang famous ade beberapa je. Mango, Adidas, Nike, Puma & Levi’s. Seingat saya itu je. Saya dapat la beli seluar kat Mango. Saya rasa harganya lebih murah kat outlet ni berbanding yang di Dubai Outlet Mall. Baju-baju pun banyak yang ok tapi sebab saya dah terlalu letih berjalan, saya dah tak bernafsu nak memilih baju. Bile dah balik ni rasa menyesal la pulak! Saya bukan la branded conscious sangat kalau pasal baju seluar ni tapi yang local brands tu harganya lagi mahal dari Mango tak tergamak la pulak saya nak membelinya. Ini harga outlet ni, kalau yang bukan outlet faham-faham je la harganya macamane. Kembali ke Khartoum saya hanya bawa balik sepasang seluar, dua helai t-shirts, sehelai long dress dan berhelai-helai turkish scarfs. Entah bile nak pakai tak tau. Sebab murah, biar la tak berpakai pun. Dua helai t-shirts kene beli sebab hotel sana takde iron. Baju pulak bawa yang kene iron je. Nice. Sebab tu gambar sume t-shirt dengan cardigan.

Lepas tu kami decide tahan taxi dan terus ke Topkapi Palace. Tak mampu dah nak menapak semula ke tram station tadi. Sekali rupanya Topkapi Palace tu dekat sangat dengan Blue Mosque &  Hagia Sophia. Dekat giler dengan hotel! Kalau tau baik jalan kaki je dari hotel. Cessss! Orang punye la ramai luar biasa. Ade demonstrasi pulak hari tu. Diorang sembahyang kat dataran Hagia Sophia. Padahal masjid ade dekat je. Dah sesak macamtu kami memang dah takde mood la nak berlama-lama di situ.

Crowded.

Hagia Sophia

Hagia Sophia ni dibina untuk dijadikan gereja. Lepas tu ditukar menjadi masjid dan sekarang dah jadi muzium. Sebab ape macam tu?  Sebab Turkey kan ada banyak pertembungan tamadun dan penjajahan. Jadi bila bertukar zaman, bertukarla fungsi bangunan tu. Kagum kan kontraktor dulu-dulu? Buat bangunan tahan berzaman-zaman. Kukuh sampai sekarang.

Blue Mosque

Sepanjang kami berada di sana, kami perhatikan rekabentuk masjid-masjid di sana serupa je. Ade kubah, pastu menara. Menara atau dalam bahasa Turkey di sebut “minarat” fungsinya pada zamn dulu, bila tiba waktu solat, bilal akan panjat menara tu untuk melaungkan azan. Pastu bilangan menara tu melambangkan status orang yang membina masjid tu. Sebab tu bilangan menara setiap masjid kadang-kadang berbeza. Banyak yang saya nampak ada 1 atau 2 saja. Hanya Masjid Biru ade 6 menara. Satu-satunya masjid yang ada 6 menara. Sebab Masjid Biru tu Sultan (Sultan Ahmed) sendiri yang sponsor untuk kos pembinaannya. Masjid-masjid yang ada satu atau dua menara tu maksudnya orang biasa saja yang sponsor. Masjid ini masih digunakan sampai sekarang.

Apsal entah nak bercuti kali ni saya malas betul nak buat research. Sebab saya fikir senang je, ala hotel ade wifi malam-malam boleh buat research macamane nak pergi tempat-tempat tu. Lagipun saya baca blog-blog orang yang pergi istanbul tempat-tempat diorang pergi same je. Satu lagi kat sini saya ade seorang Turkish friend. Nama dia Gulsum. Dia dah balik for good dah bulan lepas. Sebelum dia balik tu saya ade jumpa dia, saya bagitau nak pergi Istanbul hujung bulan 5. Dia bagi senarai tempat-tempat menarik di sana. Lagi la senang kerja saya kan? Masa kat sana saya ada emel dia, dia sangat menggalakkan kami naik cruise menyelusuri Bhosphorus. Maka kami pun beli la tiket cruise.

Nasib kami baik sebab cuaca hari tu perfect untuk menaiki cruise. Cerah dan berangin. Saya siap beli long dress sebab nak feeling-feeling ayu naik cruise. Ahaks! Feeling cantek macam duyung walaupun hakikatnye dugong!

Inilah nasib si tonjang. Walau pun free size, org lain pakai elok terletak ko pakai senteng!

Dalam banyak-banyak aktiviti, naik cruise yang terpaling best! Sangat terserlah keindahan Istanbul bila dilihat dari Golden Horn dan Bosphorus. MashaAllah, cantik sangat-sangat! Bila dikenang semula, memang rasa rindu nak datang lagi. Kami ni kaki shopping, kami jarang nak appreciate historical places atau pulau-pulau, pantai-pantai. Kami bahagia dapat keluar masuk outlet, shopping mall. Biarla tak membeli pun, dapat cuci mata pun dah puas hati. Tapi tidak di Istanbul. Kami memang betul-betul terpukau dengan keindahannya. Next time kalau kami pergi lagi, memang betul-betul nak menikmati view.

Galata Tower

Bosphorus Bridge. Jambatan yang menghubungkan benua Eropah dan Asia.

Private residence dengan bot-bot mereka. Kerja ape la diorang ni kan sampai mampu duduk rumah macam tu kat situ.

Galatasaray private club. Another Turkish Football club. Terletak di tengah-tengah Golden Horn.

Bosphorus menjadi laluan penting kapal-kapal besar.

Private residance sebelah Asia pula. Pun cantik-cantik jugak. Relax je memancing dari kawasan rumah masing-masing.

Last stop sebelum patah balik. Mayden Tower. Berfungsi seperti light house pada zaman dulu-dulu.

Mayden Tower ni ade kisah lagenda yang tersendiri. Katanya ahli nujum diraja (fortune teller) pada zaman tu meramalkan/ bermimpi yang puteri raja akan mati pada umur 18 tahun kerana dipatuk ular. Raja pun menggelabah bina Mayden Tower ni dan kurung puteri dia dalam tu. Tapi masa puteri tu berumur 18 tahun dia tetap mati jugak sebab ade ular dah panjat menara tu. Begitu la kisahnye. betul ke tidak tak tau le sebab itu kisah lagenda saje.

Dah habis cruise ade orang dah tak sabar nak masuk shopping complex lagi. Ceh, aku kata orang tapi sebenarnye aku pun same! hehe.. Member dah google siap-siap. Tempatnye jauh sikit jadi kene naik taxi. So tahan taxi, terus ke Istinye Park Mutibrand Stores. Dah nama pun multibrand stores jadi macam-macam ade sini. Ada orang belikan saya hadiah birthday and anniversary sekali kat sini. Yeay!!! Tq darling 🙂 I takde ape-ape untuk u, cume ade sekeping kad je yang i dah beli siap-siap dari Malaysia hari tu. Ampunnn..hehe…

Itu je la kisah Istanbul kami. Istanbul sangat cantik, kalau ade rezeki saya nak pergi lagi untuk melihat keindahannya.