Cairo

Standard

Selepas dua hari balik dari Istanbul kami ke Cairo pula. Short trip. 3days 2nights only. Tujuannya untuk diplomatic visa application. Di sini tiada Philippines Embassy jadi terpaksa ke Cairo. Dapat jugak berjumpa kawan-kawan di sana and saying goodbye. Perjalanan yang singkat (2 hours flight) jadi panjang sebab sandstorm teruk here, flight delay selama 7 jam! Tak tau nak describe penat macamana. Kami hanya sempat makan simple breakfast pagi tu. Flight patut pukul 12.00, dijangka sampai Cairo pukul 2 jadi kite plan nak lunch di sana. Masa keluar rumah pagi tu cuaca elok je. Cafeteria kat depature hall airport sini bukan macam KLIA even though sini international airport tapi standard jauhhhh lebih rendah berbanding mana-mana airport tambang murah di Malaysia. Cafeteria hanyalah sebuah kaunter. Bila dah beramai-ramai stranded dalam tu makanan pun habis. Yang tinggal hanyalah roti dengan cheese. Itulah rezeki untuk kami. Kebuluran i tell u! But alhamdulillah we safely arrived Cairo at 10.00 pm. Kite dah call siap-siap hotel and diorang kata boleh tunggu sampai kami datang. Nasib baik hotel best, view cantek, servis tip top. Kami memilih Sofitel El Gezirah.

View from balcony. Nile view.

Esok pagi, kami bersiap-siap untuk urusan kami. Cairo terkenal dengan zahmah (traffic jam). Tambahan lagi jalan yang berhampiran Tahrir Sq ditutup sebab ade demo lagi. Jadi kami kene keluar awal untuk elak zahmah. Macam biasa, setiap kali ke Cairo kami menggunakan perkhidmatan ustaz Mat. Student Syariah Jamiah Al Azhar dari Selatan Thailand yang dah expert dengan bandar Cairo sebab dah menetap di sini selama 18 tahun. Alhamdulillah setiap kali berkunjung ke Kaherah Ustaz Mat available untuk kami. Senang sikit dengan dia ni. Kalau nak ambil taxi leceh sebab tak semua driver taxi tau tempat tu, kite pun tak pandai nak beri direction. Lagipun menurut Ustaz Mat, sekarang dah tak selamat nak naik taxi. Sejak revolusi hari tu orang egypt dah jadi perangai macam ape. Macam-macam cerita tak best kami dengar. Penumpang kene tumbuk, kene acu pisau. Bahaya.

This is what i wore on that day. Semi formal la nak berurusan di pejabat kerajaan kan.

 

Gambar tu semasa masih di hotel. Lepas breakfast sambil tunggu Ustaz Mat sampai. Cantekkan. Belakang tu ade floating pentas. Breakfast dia ade banyak pilihan tapi tetap takde nasi lemak, nasi goreng, mee goreng atau roti canaišŸ˜„

Lepas selesai segala urusan visa, kami lunch di Arma (Asrama Malaysia/ Malaysian Hall). Kat sana terasa overdressed dan tua sebab di kelilingi students yang muda-muda dan simple-simple macam zaman saya belajar dulu. Hehehe… Puas hati dapat makan nasi putih, ayam masak merah dan air jagung.

Suami ajak ke downtown sebab dia nak beli jaket kulit yang dikirim oleh family di Malaysia. Downtown kurang sibuk sebab hari ahad kedai banyak yang tutup. Tak banyak kedai, tak banyak la pilihan tapi kene beli jugak sebab orang dah kirim. Jadi urusan jual beli tu jadi lebih cepat daripada biasa. Cairo dah mula panas, tak larat nak berlama-lama di situ. Dah beli terus rasa nak balikĀ  hotel. Malam tu kami ade jemputan dinner di rumah kawan di sana. Dah macam farewell party pulak kat sana malam tu. Insya Allah kawan-kawan, ade rezeki kite jumpe lagi di tempat lain pula. Bersabar ye, masa kamu semua akan tiba juga nanti.

Esoknya lepas checkout terus ke airport sebab flight pukul 2.50 ptg. Berdoa sangat takde sandstorm lagi supaya boleh landing dengan selamat. Sampai di Cairo Airport saya realized saya tak beli apa-apa untuk diri sendiri. Melihat-lihat barang-barang dalam kedai duty free saya tertarik dengan ini

All in one. senang nak bawa travel. Murah pulak tu.

 

Walaupun saya jarang pakai eye shadow & mascara tapi bile ade macamni kalau nak pakai senang. Compact powder & blusher pun kalau bawa asing-asing dah makan space. Ini semua ade dalam tu sekali mudah la.Ā  Yang penting murah. Itu saje la yang saya beli untuk diri sendiri. Semasa di downtown, bukan takde jual shawls dan jaket untuk perempuan tapi sebab saya baru balik dari Istanbul, nafsu bershopping tu tak berapa nak ada. Nak pergi shopping mall pun malas dengan cuaca panas dan jalan jem, lebih baik berehat di bilik.

Begitulah kisahnya percutian singkat lawatan kami ke Cairo. Bakal dirindui kawan-kawan dan permandangan sungai Nil nya!

One response »

  1. pakai hand bag adiah anibeseri ek???…hehehhe…best…best…bila plak rezeki aku dpt tgk negara org mcm ko….huhuhuhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s