We survived Sudan

Standard

Hari ini genap 2 tahun kami di sini. Tak sangka pulak mulut saya masin sebab saya masih ingat lagi tahun lepas pada tarikh yang sama saya update status kt fb saya target duduk sini 2 tahun je. Bersyukur sangat. Alhamdulillah. Ade kawan cakap bumi Sudan ni berkat, sebab dekat dengan baitullah, masih ade ramai alim ulama, negara mundur jadi kurang pusat hiburan, perkara lagha pun tak banyak di sini. Jadi doa-doa kita senang dimakbulkan di sini. Wallahualam.

Saya masih ingat lagi, semasa kami baru sampai, ada seorang yang baik hati berpesan kepada saya. Sabar, anggaplah tempat ni macam universiti kehidupan. Macam- macam kita boleh belajar dari kehidupan kita dan orang lain di sini. Insyaallah diri kita akan terdidik secara semula jadi melalui kehidupan. Bukan semua orang dapat peluang macmani.

Mula-mula memang susah. Banyak yang kami tempuh. Tapi di sini tak banyak benda yang boleh kita harapkan. Di sinilah bila segalanya kita tak boleh nak harap maka kebergantungan kepada Allah automatik meningkat. Hanya doa,doa dan doa saja pada Dia.

Lumrah manusia, walau bagaimana tak suka pun sesuatu tempat tu tapi bila tibe masa nak meninggalkannya tetap terselit rasa sayu. Tempat jatuh lagi dikenang! Sedih nak berpisah dengan kawan-kawan senasib yang ikhlas dalam persahabatan. Sedikit tapi amat bermakna. Bila salah seorang takde, terasa sangat kekurangan. Di tempat baru belum tentu ada yang serupa. Sedih nak meninggalkan rutin hidup yang relax, tenang & lapang. Tempat baru pasti berbeza cara.

Semoga dipermudahkan segala urusan kami. Tiket dah ada. Esok packers dah mula datang nak memulakan kerja. Cepat sungguh masa berlalu! Dua tahun, tapi terasa masih baru. Tau-tau dah tiba masa untuk meninggalkan.

2 responses »

  1. as salam dian,
    Laaa..dah nak transfer ke mana plak dian? Bila dah tak di sudan, nanti akan rindu segala-galanya ttg sudan tauu.. :-))

    • salam kak..

      kenapakah akak membaca blogku yg merapu ini??? lepas ni insyAllah ke Manila. Apekah yang paling akak rindui tentang Sudan ni? Cuacanya kah? orangnya kah? Daging karufnye kah? hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s