Pisau Baru

Standard

image

Paperbag besau macam paperbag handbag. Hehe.. Tapi isinya set pisau dapur. I suke benda baru. Dapat pisau baru pun supper happy 🙂

Bile ada benda baru, semangat masuk dapur pun otomatik meningkat ke level baru. Tapi belum rasmikan lagi. Sayang nak keluarkan dulu. Tunggu sampai tempat baru.

Thank you laling!

Balai Berlepas

Standard

image

Hati berbelah bagi nak ikut balik Sudan ke tidak. Kalau di Malaysia rutin saya akan jadi macamni: Masak – HKL – Kuala Pilah. Penat sikit tapi happy sebab rasa diri banyak fungsi. Tapi kesian pulak kt hubby yang balik sorang. Sure sunyi balik kerja rumah takde orang.

Takpela, saya ikut dia balik. Saya rasa keputusan ini betul. Tempat isteri kan di sisi suami? Yang lain-lain tu serah saja pada Allah. Saya percaya kite buat benda betul, Allah akan permudahkan. InsyaAllah. Amin!

image

Mak saya da sihat. Dah boleh senyum. Saya pun senang hati nak tinggalkan dia. 🙂

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :)

Standard

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Mak saya dah dipindahkan ke wad perubatan biasa selepas 2 malam di CCU. Adik saya dari KK dah balik. Mak saya sangat happy dapat jumpa cucu dia. 🙂 Kami pun lega, boleh la check in kat apartment kat Jalan Ampang ni. Dekat sikit nak berulang ke HKL melawat bapa mertua saya. Sebelum ni kami ulang alik dari Kuala Pilah ke HKL. Kami melawat mak semasa waktu melawat tengahari. Lepas puas hati mendengar penjelasan doktor, kami terus ke HKL pula. Tak sampai hati nak tinggalkan adik-adik saya uruskan mak. Iye, saya ade masalah nak percayakan orang lain uruskan hal-hal family. Agaknya sebab saya dah terbiasa. Dari dulu saya acting ketua keluarga dalam menguruskan hal-hal macam ni. Maklum la anak sulung.:)

 

Alhamdulillah. Bapak mertua pun dah pindah ke wad biasa walaupun keadaan dia tetap macam tu jugak tak boleh bangun, tak boleh bergerak sangat, tak boleh bercakap. Tapi stabil. Memang kami pun faham pesakit stroke makan masa untuk sembuh. Takpela, at least dia semakin positif keadaannya. Oh ye, cucu dia bertambah seorang lagi 2 hari lepas. Biras saya (isteri abang ipar) dah selamat melahirkan sorang baby boy. Di hospital bersalin, HKL. bersebelahan dengan Wad Neurologi, tempat bapa mertua di rawat . 10 April 2012 ialah ‘hari masuk hospital’ keluarga kami agaknye. Mak, bapak mertua, biras semua warded pada hari yang sama. 🙂

 

Alhamdulillah. Bapa best friend saya di Sudan, Emi pun dah selamat menjalani pembedahan jantung di HKL juga. Tapi sebab kami sibuk menjaga orang tua masing-masing kami masih belum sempat berjumpa. Call dan sms je bertanya keadaan masing-masing dan saling mendoakan antara satu sam lain. InsyaAllah esok boleh jumpa 🙂

 

Hilang semua penat lelah kami selama ni tengok semuanya bertambah ok. Mudah-mudahan berterusan begini. Takpe kalau lambat pun. Kami masih belum putus asa. Ada masa rasa nak menangis, letih sangat tapi malam-malam tak boleh tidur sebab hati risau. Tapi sekarang ialah masa untuk berusaha dan berdoa. Belum tiba masa untuk menangis dan berhenti berharap.

 

Kepulangan yang dinanti.

Standard

Assalamualaikum.

Nampak je susuk tubuh saya dan suami, pak mertua saya dah mencebik-cebik kesedihan. Kami lagi sedih, bulan lepas semasa kami tinggalkan dia, dia sihat, segar bugar. Sekarang dia terlantar tak boleh bercakap sebab angin ahmar.

Tak tahan nak layan kerenah public hospital, kami decide bawa dia ke KPJ Perdana Kota Baru. 4 hari di sana bil hospital mencecah hampir RM9k.

Sebab anak-anak akan lebih mudah untuk menguruskan dari KL dan doktor pun cadangkan elok dibawa ke KL sebab kemudahan lebih baik dan banyak. Hospital Serdang jadi pilihan. Tapi malangnya wad penuh. Terpaksa ke HKL. Saya dan suami tak larat nak ulang alik K.Pilah-KL, kami nak duduk je la mana-mana hotel yg dekat dengan HKL.

On the way ke airport bersama mak mertua dan adik ipar, suami dan kakak ipar naik ambulan yang disewa ke KL kami terima khabar sedih dr KP. Mak saya sakit lepas balik dari umrah. Turun flight ni saya perlu bergegas ke KP menguruskan mak pula.

Buat masa ni saya masih mampu menerima semua dugaan ni. Yang penting semua ade depan mata kita. Hadap dan harung saje. Harapan saya cuma satu, janganlah saya atau suami pula yang sakit. Kami perlu sihat untuk jaga orang sakit.

Hasbunallahawanikmalwakil. Tawakal kepada Allah.

From Sudan :)

Standard

Assalamualaikum.

Dua hari lepas suami tanyakan satu soalan ringkas “u nak beli apa dari Sudan?” Saya terdiam, pandang muka dia lama. Susah nak jawab sebenarnye. Selama hampir dua tahun kat sini, sejujurnya saya jarang nak explore negara ni. Tak tahu ape yang berbaloi dibeli kat sini. Tapi takkanlah taknak beli ape-ape kan? Lagi bila si dia dah offer.hehehe…

Jadi semalam saya ajak dia keluar pergi survey. Saya tau madam-madam borong periuk,set pinggan mangkuk, carpet. Saya tak pernah peduli semua tu sebelum ni sebab tak minat.

So semalam kami singgah kedai Tefal.

image

image

Menarik, harga pun jauh lebih murah berbanding harga RM.

Nampak ni, dah lama teringin nak belajar buat kek. Tapi ade masalah dengan oven. Alasan! kukuh kan? huhu.

Next, kami ke kedai Victorinox pulak. Kat sini nak survey pisau dapur. Nak menangis gak tengok harga pisau sampai cecah SDG2000 satu set. Susah nak buat perbandingan harga sebab tak tu berapa RM kat Malaysia.

image

Pisau seramik SDG 450 sebilah. Sape tau kat Malaysia baper?

Lepas tu kami ke Homecare, kedai yang jual segala mak nenek barangan rumah. Kat sini saya pernah beli set periuk Korkmaz. Orang kat Middle east & africa tau la brand ni. Turkish brand. 3 periuk yang ade lids tu SDG 250. Masa tu terpaksa beli periuk baru sebab periuk sedia ada dah bocor. Seee… Punye la rajin sangat saya ni memasak, sampai bocor-bocor periuk! Dah alang-alang membeli, kite beli la yang elok sikit. Masa tu ade nampak cutlery set Korkmaz yang cantek. Tapi harga tak berapa cantek dengan bajet suami mase tu. Jadi kami tangguhkan la hajat membeli tu dulu. Semalam ingat nak beli la, sekali dah takde. Ermmm…nak buat macamane, anggap je la takde rezeki.

Hasil tinjauan dalam Homecare, jumpe la dia ni.

Luminarc Dinner set

Tengok harga ok, beli je la terus. Pilihan dah tak banyak, design yang nampak modern ini je satu. Tunggu kang takut habis pulak. Sampai rumah baru la sibuk-sibuk nak tau harga kat Malaysia. Wow…memang berbaloi-baloi!

Destinasi seterusnya ialah kedai carpet. Dah lama saya aim satu kedai ni. Dari jauh nampak cantik-cantik karpet dalam kedai tu. So semalam kami pergi la.

Saya minat yang corak classic belah-belah belakang tu. Banyak made in Belgium. Machine made. Nipis je, bukan carpet tapi rugs. Bile tanye harga, terus jadi tak minat. Tak berbaloi. Setakat machine made rugs made in Belgium baikla beli kat Malaysia. Kalau pandai tawar menawar boleh dapat harga jauh lebih murah. Pembelian yang tak menguntungkan elokla dilupakan.

Itu je la yang bole dibeli kot. Ooohhh… Ade satu lagi, kalau diizinkan saya borong ni banyak-banyak.

Shawlsssssssssss 🙂

Ini saya beli dari souq AlGizra. Cantik-cantik! Nak beli untuk beri kat adik-adik dan kawan-kawan yang suke pakai shawls.

Okla, aku dah kedengaran very ‘mak-mak and makcik-makcik’ sebab bersembang pasal periuk belanga, pinggan mangkuk & karpet-karpet.

Sekian, bebelan dari Makcik Dian.

Lega selega leganya

Standard

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, mak saya dapat pergi umrah tahun ni. Flight dia hari rabu, 21/3/2012, 8.00 mlm.

Saya risau sangat sebab saya cuba call dia dari pagi semalam tapi tak dapat-dapat. Saya fikir dia tak activate sim card KSA lagi kot. Sebab mustahil kalau tak landing lagi. Pastu menyesal tak ambil no hp Mak Sal, besan mak yang pergi same-same dengan mak.

Hp adalah satu-satunya medium komunikasi kami. Mak takde FB or twitter or emel akaun,ok. Mak saya sms pun tak pandai.

Tak senang hati saya nak buat ape-ape. Jiwa kacau. Dalam kepala ade macam-macam nak tanye. Sejuk ke kat sane? Kawan saya kat Riyad bagitau sane masih sejuk lagi tapi dia tak pasti di Mekah dan Madinah macamana. Mak saya tak tahan sejuk. Bawa sweater tak mak? Tapi berkali-kali call masih tak dapat!

Sampai la petang tadi, saya try call lagi. Ringing! Tapi suara orang lain yang jawab. Rupe-rupenye hp mak saya habis bateri. Tapi tak boleh nak charge dalam bilik dia sebab charger tak match dengan lubang power point. So dia tumpang charge kt bilik sebelah. Kebetulan masa saya call mak saya pergi solat asar kat masjid, so jiran sebelah bilik la tolong jawab. Dia pesan call 1/2jam lagi. Lepas 1/2 jam saya call semula. Tapi mak masih balik lagi. Kakak yang jawab call bernama Umi bagitau mak pergi shopping dengan Mak Sal. FINE. Tapi takpela, bole solat di masjid, bershopping bagai maknenye she’s ok. 🙂

Lega lah hati ni. SMS adik-adik di Malaysia bagitau hp mak dah boleh dihubungi. Malam ni, akhirnye pukul 9.30 malam dapatla saya dengar suara mak. Dia di Madinah sekarang. Hari Isnin akan ke Mekah.Sana ok, cuaca just nice, a bit windy. Mak pun sihat walafiat. Saya lega selega leganya!

ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.