Daily Archives: July 23, 2010

Bubur nasi

Standard

hahaha..lame da tak cerita pasal makanan kan? Suke je nak share pasal makanan ni. Resepi cara-cara nak masak. Tapi kalau selalu sangat cerita pasal makanan nati blog ni jadi blog resepi pulakkan.

Minggu lepas tekak ni teringin nak makan bubur nasi. Family saye memang suke bubur nasi ni. Dulu masa kat rumah mak, kalau mak masak bubur nasi untuk breakfast memang rase macam special sangat. Bangun je pagi tu dah terbau harum daun pandan. Mak letak daun pandan dan garam sikit dalam bubur tu. Baunye memang semerbak! *lap air lur* Masa kecik-kecik, tak tahan pedas lagi makan bubur nasi dengan gula. Best! Pastu sekarang ni makan dengan sambal ikan bilis pulak.

So last week saya masak bubur nasi untuk lunch. Masak sikit je, sebab my husband tak suke sangat. Lagipun masa tu memang sorang-sorang kat rumah. Sejak kahwin, ni kali kedua saya masak bubur, first time awal-awal kahwin. Lepas dah tau my husband tak berapa suka, dah malas dah nak masak. Lagipun, kalau teringin nak makan bubur kami akan ke Restoran Kak Mah Tom Yam kat Kg Baru tu, depan Bank Pembangunan. Situ bubur die memang terbaekkk!

Bile dah kat Sudan, nak makan makanan Malaysia kena la masak sendiri kan. So saya masak la bubur dan sambal ikan bilis. Mula-mula macam malas nak buat sambal ikan bilis. Bukannya apa, sini takde jual ikan bilis. Ikan bilis tu pun hari tu Renie yang bagi. So kene jimat-jimat sikit la. Ingatkan nak makan dengan serunding daging je. Tapi serunding ni makanan yang selalu associate dengan orang merantau kan, kang sayu pulak makan dengan serunding je. So masak je la sambal ikan bilis tu. Pastu masak terus sup ayam for my husband untuk dinner nanti. Bubur tu saye makan sampai dinner. Dia makan nasi lauk sup ayam dan sambal ikan bilis, saya makan bubur dengan lauk yang sama. Yummmyyy!

Sekarang, ini cara-cara nak masak bubur nasi cara saya. Hahaha..tak kisahla kalo korang boring kan, eleh..bubur nasi pun nak bg resepi. Biarla….

Bahan-bahan:

  • beras
  • santan cair
  • garam
  • daun pandan (tapi sini xde daun pandan, so saya tak letak)

Cara-caranya:

  1. Basuh beras macam nak masak nasi tu.
  2. Kemudian letak air lebih supaya beras tu boleh kembang. Masak bubur tak perlukan beras yang banyak sebab guna air banyak dan beras tu kembang. Macam saya hari tu saya guna segenggam je beras. Boleh makan sampai malam!
  3. Pastu masukkan sedikit garam.
  4. Pastu masak dengan api yang perlahan dan tutup periuk.
  5. Kacau dari semasa ke semasa dan bila beras dah kembang, masukkan santan cair tadi.
  6. Bila dah cukup pekat, tutup api.
  7. Hidang kan bersama lauk kegemaran.